Dewan Istiadat sering digunakan untuk mengadakan Istiadat Penganugerahan Bintang-bintang dan Pingat-Pingat Kebesaran Negeri Sabah. Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah akan menyampaikan Bintang-bintang dan Pingat-Pingat Kebesaran Negeri Sabah kepada para penerima yang umumnya berlaku pada minggu pertama didalam bulan Oktober setiap tahun. Hari Jadi Tuan Yang Terutama yang jatuh pada hari Sabtu minggu pertama didalam bulan Oktober adalah merupakan cuti umum bagi Negeri Sabah. Para pembesar Negeri dan Luar Negeri akan hadir di Dewan ini untuk meraikan sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama. Dewan Istiadat ini juga digunakan untuk majlis-majlis sosial seperti:

1. Majlis Kenduri melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal.
2. Sambutan Hari Raya Aidil Fitri.
3. Jamuan Teh Diraja.
4. Angkat Sumpah Kabinet Negeri Sabah.

Dewan Istiadat ini boleh memuatkan tetamu di antara 400 hingga 500 orang dalam satu-satu masa. Dewan ini telah mengalami beberapa perubahan bagi memperindahkan ruang dalamannya.